Tuesday, December 28, 2010

AKU ADALAH BANGSA NEGARAKU


Aku bangsa Negaraku
Tanah tumpah darahku
Tanah pusaka bangsaku
Aku bangsa melayu
Melayuku kerana tanahku
Tanah melayu itu negaraku

Dahulu melayu itu perkasa
Bahasa itulah jiwa bangsa
Biar hilang anak asal adat dijaga
Agungnya melayu tidak hilang didunia
Melayu itu bangsa-bangsa yang kaya
Kaya budi,kaya resamnya
Kaya sopan lunak suaranya
Biar bergadai asal muafakat bangsa
Sanggup mati dari derhaka
Kerna derhaka melayu dilaknat bangsa

Kini melayu ku banyak layu
Bangsaku bukan lagi melayu
Melayu mudah lupa itu bangsaku
Bangsaku dipijak oleh melayuku
Melayu itu bukan lagi satu
Banyak bangsa bertopeng melayu
Perjuang hak bangsa kerana melayu
Lupakah mereka bangsaku telah lama layu
Bangsaku tidak lagi bersatu
Bangsaku kini kayu

Bangsaku kini dijajah oleh melayu
Bangsaku belajar dari melayu
Mindanya dijajah cerita melayu
Hidup melayu kerana politik batu
Politik melayu itu tipu
Bangsaku juga ditipu
Janji melayu itu debu
Debu kosong itu cerita melayu
Tahu cakap, buat tak tahu

Mereka mahu perjuangkan bangsa
Perkasa melayu perkasalah bangsa
Amalkan budi bahasa
Tidak lupa amalan membaca
Benci rasuah dan jenayah segala
Kata mereka,itu semua musuh negara
Tetapi tahukah mereka
Itu semua makanan mereka
Rasuah dan jenayah semakin berleluasa
Yang banyaknya melayu kita
Mana letaknya perjuangan bangsa
Mahu membela nasib bangsa dan agama

Pejam la mata wahai dunia
Kerana melayuku sudah hampir tiada
Melayunya hanya pada nama
Melayunya hanya pada politiknya sahaja
Melayu itu tidak lagi perkasa
Perkasanya hanya pada nama

Wahai bangsaku melayu
Tidak kira asal usul mu
Tidak kira tanah tumpah darahmu
Tidak kira warna kulitmu
Jadilah kamu bangsa yang berilmu
Jadilah kamu bangsa yang bersatu
Bukan di atas nama melayu
Bukan juga diatas dasar bangsamu
Tetapi berdirilah kamu diatas nama dirimu

Tidak perlu mengunung harta
Tidak perlu pangkat dan nama
Tidak perlu sokongan kipas bawah meja
Tidak perlu putar belit cerita
Kerana itu semua politik semata-mata
Kalau menang, yang kaya orang dia
Rakyat kita tidak berubah apa
Minyak gula naik berganda
Gaji pun takat itu sahaja
Kena potong lagi ada
Itu tak masuk yang kena buang kerja
Salah sikit "you fired" yang diterima
Tak payah guna pun slogan 1 malaysia
Kempen "tak nak gula" pun dah tak relevan untuk kita
Yang buat bisness pun xramai yang boleh kekal lama
Kena lobi sana,kena lobi sini,matilah cendawan muda
Yang besar-besar semua empayar dia
Rakyat kita balik-balik jual bege dan nasi lemak biasa
Itu je pun rakyat kita mampu nak beli buat refill tenaga
Roti canai teh tarik semua dah naik harga
Tengok la nanti mesti ada kempen "bawalah bekal" dari kerajaan kita
Duit yang lebih tu boleh cover untuk kempen pilihanraya
Itu kan semua untuk kemudahan rakyat kita
Abis undi,tutuplah semua cerita
Sambung balik bila dah nak pilihan raya

Oh melayu kita
Bersatulah bukan kerana harta didunia
Kita sebenarnya sudah jauh ditinggalkan oleh  india dan cina 
Ini bukan pasal diskriminasi bangsa
Bukan juga pasal perkauman semata-mata
Lihat la dimana kita berada
Buka minda, bukalah mata
Jangan hanya berharap menunggu nasib dibela
Bergeraklah mengejar cita-cita
Jadilah manusia berjaya
Tidak perlu harumkan nama negara
Panjat gunung,pergi angkasa
Popular pun tidak kemana
Nak hidup bukan sehari dua
Nak kawin paling-paling ada rumah dan kereta 
Bina diri dari dalam jiwa
Pupuk semangat dalam dada
Kita kan ada agama
Jadikan panduan, gunakan akal dan minda
Jangan ikutkan nafsu dan kemahuan semata
Sedapnya cuma seketika
Yang merana dan binasa kita juga

Aku bangsa negaraku,
Negaraku hanya satu,
Malaysia itu negaraku,
Bukan negara melayu.

 28 disember 2010, 4.00 p.m

Sunday, December 19, 2010

Temanku,Kekasihku,Syurgaku...


Ku termenung seorang diri
Menatapi deburan ombak 
Datang silih berganti tiada henti
Hatiku gelisah, beribu pertanyaan menghantui fikiranku
bila semua ini berakhir
Kumenatapi batas lautan dan bentangan awan
Nun jauh diujung pandanganku 
Terlintas bayangan wajahnya dalam fikiranku
Saat indah bersamanya telah terlewati
Sahabat yang selalu ada dalam suka dan duka
Sahabat yang memberi kerendahan hati untuk menerimaku apa adanya

Kini semuanya tiada lagi.......
pemergianmu telah memisahkan kita
Tiada lagi canda tawa yang menghiasi hari
Bulan berganti bulan,
Bayang wajahnya sering bermain dalam fikiranku
Seakan dia masih bersama denganku
Dekat dengan segala cerita kehidupanku
Belum sepenuhnya kupercaya bahwa dia telah Tiada untuk selamanya
Namun, kuharus menerima semua kenyataan yang ada
Dia telah pergi untuk selamanya
Kembali kepangkuan Sang Pencipta

~Sesungguhnya, Allah lebih menyayangimu..Al-Fatihah buat saudara Enal.


Kau Milik-NYA


Sudah lama kita menyulam rasa
Sebagai teman,sebagai saudara
Ssenyum tawa hilai gembira
Hanya itu mengubat jiwa
Untuk melihat seisi dunia
Berasa gembira,berasa bahagia

Kini
Semuanya sudah tiada
Engkau pergi menemui Dia
Pergimu meninggalkan rasa
Pergimu meninggalkan tangisan dunia
Pergimu menebalkan rasa
Pergimu meninggalkan semua

Tidak kenal erti derita
Engkau sering menceriakan semua
Senyum mu tidak lekang di muka
Kerna katamu "itulah penawar segala duka"
 'Ketawalah, kerana ia pengubat derita.."


Temanku,sahabatku,cintaku
Rasa itu kini menjadi satu
Pergimu menbawa rinduku
Pergimu membawa rasaku

Tiada lagi hilai tawamu
Tiada lagi senyum manismu
Tiada lagi gemersik suaramu
Dunia ini sepi tanpamu
Dunia kami sepi tanpa dirimu

~buat arwah enal,semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.
Al-Fatihah.

Thursday, December 16, 2010

RAKYAT KITA PRIHATIN

  1. Tengok orang tukar tayar tepi jalan,jam sampai 3 kilometer.~rakyat kita prihatin
  2. Tengok Plus korek tanah,jammed sampai 2 kilometer.~rakyat kita prihatin
  3. Tengok Polis saman orang sebab lalu dekat jalan kecemasan,Jammed sampai sejam.~rakyat kita prihatin
  4. Tengok orang buta nak turun tangga,masing2 jalan laju2 buat2 xnampak.~rakyat kita prihatin
  5. Dapat video lucah,bluetooth satu ofis.~rakyat kita prihatin
  6. dengar je ada makan free,x payah suruh, sukarela datang sendiri.bila part suruh stay siapkan keje,suma pakat kata "sori la kena balik awal hr ni ,i ada anak bini".~rakyat kita prihatin
oh!lalala:rakyat kita memang prihatin..
5.45, 16 Disember 2010

Wednesday, December 15, 2010

HIKAYAT CINTA DONGENG


Dahulu dia pernah mengenal cinta
cinta itu telah membawa dia mengenal dunia
cinta itu juga membawa dia mengenal rasa
dahulu dia bersama-sama menyulam cinta
menabur janji semanis gula
rela mati asalkan bersama
setiap hari setiap masa
ingin bertemu bersua muka
asal rindu terubat rasa
asal dia berjumpa pujangga

Angannya cuma satu sahaja
ingin akhiri dengan rasa bahagia
ingin mematri rasa cinta bersama
diatas satu lafaz yang di izin oleh-Nya
dihimpun segala angannya
berharap menjadi nyata
hidup bersama seia sekata
hanya ajal yang mampu memisahkan mereka

Rasa itu hanyut bersama semua
rakan dan taulan umpama bisa
jika ditegur musnahlah semua
hanya pujangga penting baginya
tidak kira siang dan malam yang menjelma
oh cinta...kurelakan semua.

Kini,
cinta itu tiada lagi
rindu itu sudah mati
pergi berlalu bersama janji
terkubur bersama pujangga yang pergi
meninggalkan dia disisi duniawi
melihat dia berlalu pergi
pergi bersama rasa mati
pergi bersama rindu dihati
pergi bersama rasa yang tidak mungkin kembali

Maka...
jatuhlah sebuah empayar cinta agung
cintanya yang tidak berpenghujung
dia jatuh saat semuanya sudah dipenghujung

Dia bangun dari rasa itu
dia berdiri bertongkat kaki
mengharap langkahnya masih bersisa berbaki
mengharap dia masih ada kehidupan yang lagi
dan dia tidak mengarap cinta lagi
kerana cinta dia mati
kerana rasa dia hilang harga diri
kerana itu semua, manusia sering lupa diri

Baginya..
cinta itu hanya rasa
cinta itu hanya perasaan suka
cinta itu hanya permainan jiwa
cinta itu hanya pemuas rasa

Wahai pujangga cinta itu,
pergilah engkau mengejar cintamu
pergilah engkau mengejar keinginmu
kerna saat kamu mendustakan rasa itu
saat itulah semua rasa itu pergi bersamamu..

Wahai seisi umat manusia...
cinta itu mungkin bahagia
dan mungkin juga memberi derita
tidak semua rasa itu sama
kerna pokok pangkalnya terletak pada diri empunya
salah orang binasa jiwa
salah langkah rosaklah bangsa
janji itu manis bak gula
tetapi akan terasa pahit jika semuanya umpama sekeping nota
yang dilekat untuk tontonan semua
agar seisi dunia tahu si pujangga memiliki cinta
yang dia sendiri tidak pasti kemana harus dibawa
adakah sehingga dia tidak benyawa
atau sekadar untuk suka-suka
beringat la sebelum terkena
kerana sekali rasa
seumur hidup rasa binasa.

~oh!lalala..sekarang dia lebih gembira dan bahagia.

4.10pm,15 Disember 2010

Monday, December 13, 2010

CERITA SI PEMBELI KERETA




inilah keretanya.nampak cantik bukan.tetapi tahukah anda bahawa pemiliknya masih lagi takut memegang stereng kereta apatah lagi membawanya. kereta ini akan diletakkan di parking lot sebagai hiasan untuk tatapan para adik2nya dan jiran2 sebelah  dan yang seangkatan dengannya.
~oh!pemilik kereta ini ,silalah membuat latihan memandu dengan kadar segera kerana saya xsabar nak bau tar highway siuutt!!

2.00pm,14 Disember 2010

My first tyme interview Experience with government

nak start cite,aku ni punyalah excited coz lepas 3rd stages untuk jadi pensyarah MARA, aku pun bangun seawal 7 pagi. bersiap xhingat la.pagi tu aku tepek bedak agak tebal dari biasa(interview la katakan),bersiap sambil tgk kat cermin ajaib(cermin kat dlm bilik aku tu aku pki pe pun menampakkan aku cantik).so,as usually,nak kuar rumah 2 ekor mahluk bernama "nohin" dan Ju-on" akan mengiau2 nak mintak makan.aku pun bagi la mkan dulu.
Aku kuar daru rumah dalam kul 8.agak lama sebenarnya aku bersiap(selalunya 15 minit je).pagi tu,aku naik tren sampai ke bandaraya.sesampai kat bangunana MARA,aku terus pg kat lift.then ada mamat pokgat ni tahan aku,"cik pas mana cik". then aku dgn muka terpinga2 "kena ambik pas ke?".aiyo dah masuk tpt orang kena la ambik pas cik adik.hahaha
sesampai kat tgkt 18,aku pun tulis nama dan isi borang. dia tulis dalam borang tu aku turn pukul 11.aku ni excited la.tetiba,tgh2 isi borang aku nampak kawan aku masa micro teaching tu ada.erm,ada geng la aku hr ni.Dah abes isi borang, Aku pun gi makan bekpes kat bawah dgn member aku ni. then agak2 dah kul 10.50 aku pun naik. yang hareeemnya, aku dapat tahu sekarang ni orang ke 3 br pas kena interview.aku no 12 kot.lama lagi.tension siuttt.last2 aku dpt tahu turn aku lepas lunch dlm kol 3.mmg SGT best.

so,dipendekkan cerita,aku punya turn pun sampai la.dia panggil "sape Hami Elmi?".aku pun angkat tangan and dia swoh masuk.ade 3 orang panel. Ada satu panel ni aku kenal sbb dia la orang yang interview aku masa micro teaching(stage 2) kat branang tu. soalan2 yang ditanya:

  1. tell me about your self
  2. what is EC-council?
  3. how long u have been work as Executive?
tp yang byk2 soalan dia tanye pasal keje la.tp ada satu insiden yang tersgt la "fault" yang aku x boleh terima adalah aku lupa silent phone.Mak kesayangan aku ni duk kol 2 kali and yang best lak lagu maher zain.orang tu pandang je.aku rasa sure2 kena tolak markah.hahaha
tp ape pun aku dah bg yang terbaik.at least aku ade experince interview dgn government. kalu ade rezeki, adelah.
anyway,credit to Panel Interview MARA yang cool~

1.10 p.m, 14 Disember 2010