Dahulu dia pernah mengenal cinta
cinta itu telah membawa dia mengenal dunia
cinta itu juga membawa dia mengenal rasa
dahulu dia bersama-sama menyulam cinta
menabur janji semanis gula
rela mati asalkan bersama
setiap hari setiap masa
ingin bertemu bersua muka
asal rindu terubat rasa
asal dia berjumpa pujangga
Angannya cuma satu sahaja
ingin akhiri dengan rasa bahagia
ingin mematri rasa cinta bersama
diatas satu lafaz yang di izin oleh-Nya
dihimpun segala angannya
berharap menjadi nyata
hidup bersama seia sekata
hanya ajal yang mampu memisahkan mereka
Rasa itu hanyut bersama semua
rakan dan taulan umpama bisa
jika ditegur musnahlah semua
hanya pujangga penting baginya
tidak kira siang dan malam yang menjelma
oh cinta...kurelakan semua.
Kini,
cinta itu tiada lagi
rindu itu sudah mati
pergi berlalu bersama janji
terkubur bersama pujangga yang pergi
meninggalkan dia disisi duniawi
melihat dia berlalu pergi
pergi bersama rasa mati
pergi bersama rindu dihati
pergi bersama rasa yang tidak mungkin kembali
Maka...
jatuhlah sebuah empayar cinta agung
cintanya yang tidak berpenghujung
dia jatuh saat semuanya sudah dipenghujung
Dia bangun dari rasa itu
dia berdiri bertongkat kaki
mengharap langkahnya masih bersisa berbaki
mengharap dia masih ada kehidupan yang lagi
dan dia tidak mengarap cinta lagi
kerana cinta dia mati
kerana rasa dia hilang harga diri
kerana itu semua, manusia sering lupa diri
Baginya..
cinta itu hanya rasa
cinta itu hanya perasaan suka
cinta itu hanya permainan jiwa
cinta itu hanya pemuas rasa
Wahai pujangga cinta itu,
pergilah engkau mengejar cintamu
pergilah engkau mengejar keinginmu
kerna saat kamu mendustakan rasa itu
saat itulah semua rasa itu pergi bersamamu..
Wahai seisi umat manusia...
cinta itu mungkin bahagia
dan mungkin juga memberi derita
tidak semua rasa itu sama
kerna pokok pangkalnya terletak pada diri empunya
salah orang binasa jiwa
salah langkah rosaklah bangsa
janji itu manis bak gula
tetapi akan terasa pahit jika semuanya umpama sekeping nota
yang dilekat untuk tontonan semua
agar seisi dunia tahu si pujangga memiliki cinta
yang dia sendiri tidak pasti kemana harus dibawa
adakah sehingga dia tidak benyawa
atau sekadar untuk suka-suka
beringat la sebelum terkena
kerana sekali rasa
seumur hidup rasa binasa.
~oh!lalala..sekarang dia lebih gembira dan bahagia.
4.10pm,15 Disember 2010

No comments:
Post a Comment