Aku bangsa Negaraku
Tanah tumpah darahku
Tanah pusaka bangsaku
Aku bangsa melayu
Melayuku kerana tanahku
Tanah melayu itu negaraku
Dahulu melayu itu perkasa
Bahasa itulah jiwa bangsa
Biar hilang anak asal adat dijaga
Agungnya melayu tidak hilang didunia
Melayu itu bangsa-bangsa yang kaya
Kaya budi,kaya resamnya
Kaya sopan lunak suaranya
Biar bergadai asal muafakat bangsa
Sanggup mati dari derhaka
Kerna derhaka melayu dilaknat bangsa
Kini melayu ku banyak layu
Bangsaku bukan lagi melayu
Melayu mudah lupa itu bangsaku
Bangsaku dipijak oleh melayuku
Melayu itu bukan lagi satu
Banyak bangsa bertopeng melayu
Perjuang hak bangsa kerana melayu
Lupakah mereka bangsaku telah lama layu
Bangsaku tidak lagi bersatu
Bangsaku kini kayu
Bangsaku kini dijajah oleh melayu
Bangsaku belajar dari melayu
Mindanya dijajah cerita melayu
Hidup melayu kerana politik batu
Politik melayu itu tipu
Bangsaku juga ditipu
Janji melayu itu debu
Debu kosong itu cerita melayu
Tahu cakap, buat tak tahu
Mereka mahu perjuangkan bangsa
Perkasa melayu perkasalah bangsa
Amalkan budi bahasa
Tidak lupa amalan membaca
Benci rasuah dan jenayah segala
Kata mereka,itu semua musuh negara
Tetapi tahukah mereka
Itu semua makanan mereka
Rasuah dan jenayah semakin berleluasa
Yang banyaknya melayu kita
Mana letaknya perjuangan bangsa
Mahu membela nasib bangsa dan agama
Pejam la mata wahai dunia
Kerana melayuku sudah hampir tiada
Melayunya hanya pada nama
Melayunya hanya pada politiknya sahaja
Melayu itu tidak lagi perkasa
Perkasanya hanya pada nama
Wahai bangsaku melayu
Tidak kira asal usul mu
Tidak kira tanah tumpah darahmu
Tidak kira warna kulitmu
Jadilah kamu bangsa yang berilmu
Jadilah kamu bangsa yang bersatu
Bukan di atas nama melayu
Bukan juga diatas dasar bangsamu
Tetapi berdirilah kamu diatas nama dirimu
Tidak perlu mengunung harta
Tidak perlu pangkat dan nama
Tidak perlu sokongan kipas bawah meja
Tidak perlu putar belit cerita
Kerana itu semua politik semata-mata
Kalau menang, yang kaya orang dia
Rakyat kita tidak berubah apa
Minyak gula naik berganda
Gaji pun takat itu sahaja
Kena potong lagi ada
Itu tak masuk yang kena buang kerja
Salah sikit "you fired" yang diterima
Tak payah guna pun slogan 1 malaysia
Kempen "tak nak gula" pun dah tak relevan untuk kita
Yang buat bisness pun xramai yang boleh kekal lama
Kena lobi sana,kena lobi sini,matilah cendawan muda
Yang besar-besar semua empayar dia
Rakyat kita balik-balik jual bege dan nasi lemak biasa
Itu je pun rakyat kita mampu nak beli buat refill tenaga
Roti canai teh tarik semua dah naik harga
Tengok la nanti mesti ada kempen "bawalah bekal" dari kerajaan kita
Duit yang lebih tu boleh cover untuk kempen pilihanraya
Itu kan semua untuk kemudahan rakyat kita
Abis undi,tutuplah semua cerita
Sambung balik bila dah nak pilihan raya
Oh melayu kita
Bersatulah bukan kerana harta didunia
Kita sebenarnya sudah jauh ditinggalkan oleh india dan cina
Ini bukan pasal diskriminasi bangsa
Bukan juga pasal perkauman semata-mata
Lihat la dimana kita berada
Buka minda, bukalah mata
Jangan hanya berharap menunggu nasib dibela
Bergeraklah mengejar cita-cita
Jadilah manusia berjaya
Tidak perlu harumkan nama negara
Panjat gunung,pergi angkasa
Popular pun tidak kemana
Nak hidup bukan sehari dua
Nak kawin paling-paling ada rumah dan kereta
Bina diri dari dalam jiwa
Pupuk semangat dalam dada
Kita kan ada agama
Jadikan panduan, gunakan akal dan minda
Jangan ikutkan nafsu dan kemahuan semata
Sedapnya cuma seketika
Yang merana dan binasa kita juga
Aku bangsa negaraku,
Negaraku hanya satu,
Malaysia itu negaraku,
Bukan negara melayu.
28 disember 2010, 4.00 p.m

No comments:
Post a Comment